← Back to list
Aaron Aziz Terima Kejutan Hari Lahir Yang Ke 40
Feb 23, 2016
Oleh Feyra Nasrom sumber IG @aarondwiaziz
Meriah sungguh sambutan hari jadi pelakon terkenal, Aaron Aziz pada kali ini, mana tidaknya, di usia 40 tahun, masih ada kejutan khas sempena hari lahir beliau yang dianjur oleh peminatnya sendiri iaitu Aaronators. Majlis sambutan ini diadakan di Pacific Regency Hotel, Kuala Lumpur.
Selain peminat, isteri Aaron Aziz iaitu Diyana Halik juga turut terlibat menjayakan surprise birthday party buat suaminya. Menerusi video yang dirakam, Aaron Aziz kelihatan tidak sangka dengan kejutan yang diterima, dan beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada peminat yang masih setia menyokongnya hingga kini.
Walaupun sudah berusia 40 tahun, Aaron Aziz masih lagi kelihatan muda, hensem dan langsung tidak dimamah usia. Kami dari ERA fm mengucapkan selamat hari lahir buat Aaron dan semoga sentiasa sukses dengan karier dan kekal bahagia di samping keluarga tercinta. Jom kita lihat beberapa keping gambar di sekitar majlis sambutan hari lahir Aaron Aziz.
A video posted by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on
*
A video posted by Aaron Aziz Fan Club (@aaronatorsfc) on
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Nora Danish Nafi Buat Persiapan Perkahwinan
Next →
6 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Di Sebalik Penggambaran Filem Redha