
Ronnie atau nama sebenarnya, Shahron Hussein 33, sudah berada di bidang seni ini sejak tahun 2001. Bermula dengan menjadi penyanyi utama kumpulan Sunday dan pernah menghasilkan album namun ianya kurang mendapat sambutan.
Selepas itu, Ronnie juga pernah menyertai kumpulan Slam untuk satu projek istimewa menggantikan Zamani dan pernah juga mencuba nasib dalam rancangan realiti One In A Million (OIAM).
Tidak lama kemudian Ronnie menganggotai Hyper Act dan dia juga pernah merakamkan lagu duet berjudul Bintang Kehidupan bersama penyanyi Indonesia Yantie.
Bekas vokalis kumpulan Hyper Act, Ronnie secara rasminya keluar dari kumpulan itu pada pertengahan bulan Mei. Ronnie bergerak solo dan single terbarunya yang bertajuk “Di Koyak Waktu” mendapat sambutan yang menggalakkan.
Menurut Ronnie, sebagai penyanyi dia menyedari tidak mempunyai pakej yang lengkap untuk berada dengan mudah dalam industri hiburan, malah dia tidak pernah menganggap pembabitannya dalam bidang nyanyian untuk mencari popularity. Ronnie mengatakan dia kini dalam proses mencari lagu dan genre yang sesuai dengannya.
Kepada yang masih belum tengok muzik video "Dikoyak Waktu" ini, apa kata anda luangkan sedikit masa untuk tonton muzik video ini.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm