Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly merupakan naib juara AF 2015. Jejaka berkulit hitam manis berusia 22 tahun itu juga mencipta sejarah peribadinya sendiri apabila menjadi salah seorang finalis yang menyanyikan lagu karyanya sendiri pada konsert akhir AF 2015.
Semasa menyertai AF, beliau masih lagi di dalam semester pertama pengajian saya di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Elektronik (E-Business) di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur.
Pernah memenangi Johan azan peringkat sekolah dan Johan Pertandingan Khutbah Peringkat Wilayah Persekutuan. Selain itu, Syamel juga merupakan pemenang SUERA 2015 anjuran ERA fm.
Selain berkebolehan dalam bidang muzik, Syamel juga aktif dalam bidang sukan seperti futsal, badminton dan ping pong.
Menjadikan Bruno Mars dan Marc Anthony sebagai inspirasinya dalam industri muzik.
"Hidup Dalam Mati" merupakan single pertama beliau. Pada yang belum tengok lagi video muzik “Hidup Dalam Mati” ini, apa kata anda luangkan sedikit masa untuk tonton video ini!