Penguin Mengamuk, Bergaduh Bila Balik Tengok Isteri Dengan Penguin Lain
Oleh: AImi Nordin Sumber: Daily Mail
Cerita suami isteri curang itu sudah menjadi perkara biasa malah menjadi lumrah pada zaman sekarang ini. Tetapi sebuah video daripada National Geographic menunjukkan seekor penguin mengamuk dan bergaduh dengan seekor penguin jantan yang dipercayai menjalinkan hubungan dengan pasangannya apabila melihat mereka disarangnya.
Kedua-dua ekor penguin ini bergaduh teruk hingga berdarah. Si suami akhirnya menyuruh isterinya untuk memilih sama ada dia atau penguin yang lagi satu. Malangnya, si penguin betina memilih kekasihnya daripada suaminya sendiri. Ouch!


Penguin betina pergi meninggalkan suaminya dan memilih kekasihnya :'(
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm