Ahli Big Bang Pecah Rahsia G-Dragon Hantar Mesej Kat Perempuan

Oleh: Aimi Nordin Sumber: Koreaboo
Ahli Big Bang pecahkan rahsia setiap ahli kumpulan dalam satu program yang dinamakan Radio Star. Dalam episod pada 21 December yang lalu, ahli Big Bang kantoikan G-Dragon yang tersalah hantar mesej ke dalam Whatsapp group mereka.
Mesej itu sepatutnya dihantar kepada seorang perempuan, tetapi G-Dragon terhantar ke group. Lebih memalukan bila Seungri mendedahkan mesej tersebut.
‘I’m sorry you waited for so long. I was busy today and I couldn’t even call or text. I’m sorry, I miss you’.”
Taeyang pula menambah, "Dia nampak sangat sempurna bila bercinta. Mesti dia senang buat orang sukakannya. Walau bagaimanapun, apabila saya bergaduh dan perlukan nasihat, nasihat dia selalu buatkan hubungan saya jadi lebih teruk. "
Siapalah agaknya wanita bertuah yang G-Dragon rindukan tu ya?
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm