Sangat Menyayat Hati Lihat Gambar Anak Lelaki Ni Yang Hanya Ada Beberapa Minggu Untuk Hidup Sebab Kanser
Oleh Syazwan Aizad. Sumber MalaysianDigest
Foto yang diambil bapa kepada seorang kanak-kanak ini bukanlah foto biasa.

Wajah yang menunjukkan kesakitan dan kesengsaraan kanak-kanak penghidap kanser saraf, Jessica Whelan, telah dimuatnaik bapanya yang berasal daripada Oswaldtwistle.
Bapanya, Andy Whelan, juga merupakan seorang jurugambar berkata, "Ini adalah gambar yang paling sukar buat saya".

Doktor yang merawat Jessica berkata, anak ini hanya mempunyai masa beberapa minggu untuk hidup kerana rawatan yang dijalankan keatas anak ini tidak lagi berkesan.
Andy kini telah menghentikan rawatan di hospital dan mahu Jessica menghabiskan masa terakhir dengan sebaiknya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm