Neelofa Bagi 4 Tips Jika Ingin Mahu Menjadi Orang Yang Berjaya

Oleh Feyra Nasrom Sumber mediahiburan
Model dan pengacara terkenal , Neelofa merupakan antara selebriti yang berjaya di Malaysia bukan sahaja disebabkan bakatnya dalam industri seni, malah Neelofa juga seorang usahawan tudung yang berjaya. Kata Neelofa, nak berjaya bukan senang, banyak perkara yang perlu dilaksanakan, tetapi sebagai seorang ahli perniagaan, Neelofa sentiasa amalkan 4 perkara ini jika ingin berjaya dalam perniagaan. Apakah 4 perkara itu? Mari kita lihat.
1) Cabar Diri Sendiri

Mungkin anda tidak mempunyai keyakinan untuk melakukan sesuatu yang baharu buat kali pertama. Tteapi, sampai bila ingin berada di takuk yang sama, ya tak? Cabar dan yakin pada diri sendiri. Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini.
2)Positif
positif selalu kena ada untuk memasuki alam perniagaan. Tidak semestinya kita akan selalu berada di atas, kadang-kadang Allah nak uji dan jadikan setiap cabaran yang datang sebagai perkara yang positif untuk perbaiki kea rah yang lebih baik. Jangan biar fikiran yang negatif menganggu anda, belajar terima sesuatu perkara dengan positif dan tenang.
3)Self-realisation
Sentiasa bagi kata-kata semangat pada diri sendiri. Bercakap dengan diri, katakan yang anda boleh lakukannya. Hanya diri anda shaja yang tahu dimana kemampuan anda untuk melakukan sesuatu perkara itu.
4) Self-talk

Jangan berhenti berdoa, rezeki yang datang itu semua dari Allah. Bersyukur sentiasa dan biasakan motivasi pada diri sendiri.
Jika anda berjaya laksanakan perkara ini dengan baik, insyaallah, kejayaan itu milik anda suatu hari nanti