Anugerah MeleTOP Era merupakan sebuah acara pengiktirafan yang dianjurkan oleh Astro & Era FM, yang mengangkat karya kreatif penggiat seni hiburan tanah air yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital. Ianya bakal berlangsung pada 28 Februari 2016 di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur dan orang ramai dapat menunjukkan sokongan mereka dengan menghantar undian bagi memilih calon-calon kegemaran untuk setiap kategori.

Anugerah MeleTOP Era terbuka untuk semua artis-artis tempatan ataupun luar negara yang berkarya di Malaysia, yang merangkumi bidang muzik/radio/televisyen/filem/digital. Filem, lagu, program TV, program radio, persembahan dan video mestilah dikeluarkan/dihasilkan oleh syarikat yang diasaskan di Malaysia dan telah disiarkan buat julung kalinya di Malaysia dalam tempoh 17 November 2014 hingga 16 November 2015.