Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

trending

Cuba Check 6 Tanda Ni Sama Ada Korang Ketagih Whatsapp Atau Tak

Boleh dikatakan majoriti dari kalangan rakyat Malaysia tahu apa itu Whatsapp

Oleh: Amirul Acap

Boleh dikatakan majoriti dari kalangan rakyat Malaysia tahu apa itu Whatsapp dan merupakan pengguna Whatsapp. Tapi, apa yang tak bestnya, ketagihan dengan Whatsapp semakin menjadi-jadi. Rasanya manusia sekarang mempunyai hubungan yang lebih baik dengan telefon mereka berbanding dengan orang sekelilingnya.

Meh tengok 6 tanda sama ada kita dah ‘addicted’ dengan Whatsapp atau tak.

1.    Bunyi Whatsapp
Salah satu tanda yang jelas ialah, bila dengar bunyi Whatsapp je, kita terus bergegas check telefon kita. Tak boleh tunggu langsung. Haiyaa!

2.    Setiap masa Whatsapp je
Whatsapp adalah perkara pertama yang kita check lepas kita bangun dan perkara terakhir sebelum tidur. Tak ke ketagih tu namanya?

3.    Lihat gambar profil orang lain
Mereka yang ‘addicted’ dengan Whatsapp ni kadang-kadang pelik juga. Walaupun tiada mesej masuk, dia tetap nak buka Whatsapp. Mereka akan tengok gambar profil orang lain dan tengok sama ada orang tu online ke tak. Haa yang ni confirm!

4.    Teruja dengan perubahan baru
Mesti korang ingatkan masa Whataspp memperkenalkan “blue tick”? Kalau korang teruja time tu, bermakna anda ketagih dengan aplikasi Whatsapp ni.

5.    ‘Add’ mereka yang tiada Whatsapp
Sebaik saja kita mengetahui ada seorang dalam senarai kenalan tiada Whatsapp, kita terus ‘add’ diorang. Bagi kita, susah nak mempercayai bahawa ada lagi orang yang boleh hidup tanpa Whatsapp ni kan.

6.    Tidak suka menunggu
Bila kita dah ‘addicted’, kita tak boleh tunggu orang tu reply Whatsapp kita lambat. Ini sebab kita boleh tahu sama ada orang itu sudah baca Whatsapp kita atau tak.


So, kalau korang ada kesemua 6 ciri ni, itu bermakna korang dah ketagih dengan Whatsapp. Aiyokk! Hehehe.


Sumber: Hanasuva 

 


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

 

 

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}