Sumber: viral4real Oleh: Aimi Nordin
Viral di media sosial bila gambar pelancong bagi makan buaya di tengah sebuah kolam. Gambar tu sangat menggerunkan apabila semua buaya mengerumuni sebuah pondok terapung menantikan habuan mereka.
Kejadian itu dirakamkan di Elephant Kingdom, Chonburi Thailand. Gambar tersebut menimbulkan banyak tanda tanya dan ketidak puasan hati kerana ia sangat membahayakan buat pengunjung. Pondok terapung tersebut dibina hanya menggunakan tong kosong sebagai penahan.
Gambar yang menjadi viral tersebut diambil oleh seorang penunggang motosikal yang terkejut melihat kejadian itu dan memuat naik ke media sosial. Elephant Kingdom terus ditutup selama 90 hari.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm