
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Awani & Utusan
Fenomena ulat bulu melanda sebuah perkampungan di Kuala Kedah apabila ribuan ulat bulu 'menyerang' kediaman hingga menganggu sebuah majlis perkahwinan hujung minggu lalu. Menurut Mat Ali Zainol, 56 akibat daripada serangan ulat bulu tersebut ramai tetamu yang tidak selesa dan pulang awal.
"Saya sembur racun serangga bagi memastikan penduduk dan para tetamu dapat datang, namun mereka masih ketakutan, malah kenderaan yang dinaiki seperti motosikal dan kereta dimasuki serangga itu," katanya ketika ditemui di kediamannya.
Bukan itu sahaja, sekurnag-kurangnya 30 buah keluarga yang tinggal di kawasan tersebut terpaksa berjaga-jaga kerana bimbang masuk ke kawasan rumah terutama pada waktu pagi.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm