Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

trending

Disebabkan Tiram Goreng, Ayah dan Anak Ni Bertemu Semula Selepas 13 Tahun Berpisah

Anak beranak ni dbertemu semula selepas 13 tahun berpisah

Oleh: Aimi Nordin

Seorang remaja lelaki yang dijual oleh ibu kandungnya semasa dia berumur 7 tahun akhirnya bersatu semula dengan bapanya selepas 13 tahun terpisah hanya kerana hidangan tiram goreng. 

Guangzhou Daily melaporkan, Li Risheng dijual ibunya dan dua rakan pada usia yang terlalu muda menyebabkan dia tidak banyak kenangan mengenai zaman kanak-kanaknya, termasuk mengingat kampungnya.

“Saya masih ingat hari saya dijual. Ketika itu hujan lebat dan dua rakan ibu datang ke rumah.

“Selepas makan, mereka mengajak saya keluar berjalan-jalan tetapi ayah saya enggan membenarkannya. Mereka akhirnya melarikan saya,”katanya.

Li Risheng telah dijual kepada pasangan suami isteri. Walaupun telah cuba melarikan diri, namun Li gagal juga hinggalah ketika umurnya 11 tahun, Li berjaya juga melarikan diri dan kerja di bandar lain. Ketika dia sedang menikmati hidangan tiram goreng di sebuah restoran, hidangan itu mengingatkan dia kepada kampung halamannya. 

Li terus cuba mencari bapanya dengan bantuan organisasi yang membantu mangsa pemerdagangan manusia.

Sampel DNA diberikan akhirnya mengenal pasti identiti bapanya Li Shengxiong dan dua beranak itu akhirnya disatukan semula.

SUMBER

 


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}