Oleh Syazwan Aizad. Sumber Mirror UK
Kewujudan Spiderman di sebuah bandarraya dilihat menangkap pencuri benar-benar memeranjatkan orang ramai.

Mark Zilio, seorang penyanyi jalanan yang mahu dikenali sebagai Peter Parkour, dilihat pada awalnya sedang menghiburkan orang ramai diluar sebuah kedai.
Tiba-tiba, pencuri dilihat sedang berlari daripada kedai tersebut, dan Peter segera menanggalkan pakaiannya dan menyarungkan topeng dimuka sebagai superhero Spiderman.
Peter memberitahu ABC News bahawa pakaian Spiderman nya itu pada asalnya adalah untuk festival Halloween, dan tidak menyangka kostum nya itu berguna untuk menjadikannya superhero.

Psst. Takda orang nak try jadi Cicakman ke? :p