
Oleh: Aimi Nordin Sumber: CNN & HMetro
Sebuah gelanggar luncur ais di taman tema Space World, Jepun terpaksa ditutup selepas dikecam dan dikritik hebat kerana membekukan 5000 ekor hidupan laut di bawah gelanggar luncur ais tersebut. Gelanggang luncur ais tersebut baru sahaja memulakan operasinya pada 12 November lalu.
Bangkai ikan dibekukan dan disusun untuk membentuk perkataan 'Hello' dan anak panah. Gelanggar ini diarahkan tutup dan ais terpaksa dicairkan untuk mengeluarkan segala hidupan laut tersebut yang mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu.
“Kami dikritik hebat,” kata jurucakap Space World, Shibata.
“Kami memang mengadakan perbincangan sama ada ia boleh diterima dari segi moral sebelum memutuskan meneruskan projek berkenaan,” katanya yang ikan tersebut memang sudah mati ketika dibeli di pasar.
“Kami mahu pengunjung rasa seperti meluncur di atas permukaan laut. Bagaimanapun, selepas mendengar kritikan orang ramai kami memutuskan tidak meneruskannya.
“Kami merancang upacara peringatan untuk ikan berkenaan dan sudah menjemput seorang sami. Ini memang sudah dirancang dari awal, sebelum kami dikritik,” katanya.





*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm