Foto dari The Daily Crisp
Pizza adalah makanan dari Itali yang sangat popular di dunia. Hampir seluruh penduduk dunia menggemari makanan ini. Tetapi seorang pakar pembuat Pizza dari London, Daniel Young mengatakan bahawa kebanyakan orang menikmati pizza dengan cara yang salah. Jelasnya, cara makan juga mempengaruhi rasa dan keenakan pizza tersebut.
Dari laporan Bustle.com, Daniel Young telah mempelajari cara menghasilkan pizza dari pakar pizza yang berasal dari Itali, Enzo Coccia. Enzo telah memanggang pizza sejak dari kecil lagi dan mempunyai ilmu dalam bidang kulinari Itali.
Enzo menjelaskan, cara yang betul untuk menikmati pizza adalah melipat satu bulatan pizza menjadi 4 bahagian. Anda perlu melipat bentuk pizza yang bulat sehingga menjadi setengah lingkaran, lalu dilipat lagi menjadi bentuk segitiga yang tebal.
Dengan cara melipat pizza, ianya akan menyimpan semua topping yang berada di dalam roti dan anda tidak perlu risau lagi kerana topping ini tidak akan terjatuh ketika anda menikmatinya. Anda juga dapat menikmati keenakan dan citarasa topping yang sempurna.
Tetapi terdapat beberapa roti pizza yang tidak boleh dilipat kerana menggunakan adunan roti yang sangat tebal. Jom checkout video ni untuk menikmati pizza dengan cara yang betul.
Sumber dari DailyMail