Sumber: Metro.uk Oleh: Aimi Nordin
Kalau di Malaysia remaja berumur 19 tahun baru nak mula melangkah ke alam universiti selepas tamat SPM. Tapi buat remaja lelaki berumur 19 ni sudah pun bekerja sebagai seorang juruterbang! Mudanyaaaa.
Luke Elsworth, 19 sudah pun diterima bekerja sebagai juruterbang oleh satu syarikat penerbangan easyJet di UK. Elsworth lulus dengan cemerlang dalam satu ujian yang perlu diambil oleh juruterbang untuk laluan terpantas. Setelah itu, dia menyertai program latihan CTC Aviation di Southampton beberapa hari sebelum umurnya mencecah 18 tahun.
Menurut rekod, Elsworth memegang lesen Multi-Crew Pilot dan merupakan juruterbang termuda dalam sejarah UK.
Ketika ditanya adakah dia janggal menjadi juruterbang termuda, Elsworth menjawab : "Saya tak fikir ianya janggal. Saya juga ingin menggalakkan mereka yang muda untuk mengikut langkah ini".
"Jika kamu sudah layak untuk ini (menjadi juruterbang), kamu sudah pun melalui latihan dan kamu berminat dengannya, jadi umur bukannya satu masalah", kata Elsworth.
Elsworth menerbangkan pesawat Airbus 319 dan Airbus 320.