
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Nextshark
Kalau sekarang semakin banyak jenama gajet dan smartphone yang kalis air, di Jepun dah hampir sedekad mereka menggunakan dan menghasilkan telefon yang kalis air hanya dengan satu sebab iaitu untuk memboleh wanita Jepun membawa telefon mereka semasa mandi.
Lebih awal dari negara-negara lain, pembuat dan pengeluar telefon di Jepun membuat telefon kalis air kerana wanita di sana tak boleh berenggang dengan telefon mereka walaupun ketika mandi.
Bagi memenuhi keperluan itu, hampir setiap jenama telefon di pasaran Jepun telah dibuat tahan air.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm