Oleh Syazwan Aizad. Sumber World of Buzz.
Seorang lelaki dari Indonesia ini mungkin lelaki paling ‘gentleman’ pernah kita jumpa (selain yang dalam filem), kerana hanya dalam 6 hari perkenalan dengan seorang gadis yang dikenali di laman sosial Tinder, mereka terus berkahwin.

Pablo Putera Benua pada mulanya dipadankan dengan seorang penyampai TV Indonesia, Rey Utami dalam aplikasi sosial Tinder.
Menurut Rey, sebaik sahaja mereka dipadankan dalam aplikasi tersebut, mereka terus mengaturkan temujanji untuk berjumpa.
Pada hari kedua, Putera telah menghadiahkan Rey sebuah kereta bernilai RM120,000.

Tak cukup dengan itu, pada hari ketiga, Putera menghadiahkan Rey seutas jam tangan mewah bernilai RM1.3 juta. Amboi, jam lagi mahal daripada kereta!
Hari keempat, Rey di lamar dan hari kelima Putera berjumpa dengan ibubapa Rey untuk berkahwin.
Hari keenam mereka merancang majlis perkahwinan, dan hari ketujuh mereka selamat disatukan.

Ngam seminggu!