Sumber:News.nationalgeographic Oleh: Aimi Nordin
Kenapa manusia perlu bertindak kejam hanya kerana nak berselfie dengan haiwan? Apa penangan media sosial dah buat pada sifat kemanusiaan?
Terbaru seekor penyu diseret keluar dari laut oleh pelancong dan mengalami kecederaan teruk akibat dipukul dan dipijak selepas penyu tersebut digunakan untuk berselfie pada 14 Jun lalu 2 hari sebelum sambutan Hari Penyu Sedunia.
“Penyu laut ini diheret ke darat di selatan Beirut dan digunakan oleh orang ramai untuk berselfie, kemudiannya berulang kali memukul kepalanya.
Facebook Animals Lebanon memuat naik gambar tersebut di Facebook mereka dengan kapsyen, 'Mati Untuk Selfie?'
“Animals Lebanon kini membantu Kementerian Pertanian dan Pertahanan Awam untuk memastikan penyu laut tidak mati akibat perbuatan yang tidak perlu, boleh dielak dan kejam,’’ kata Animals Lebanon dalam satu kenyataan.
Penyu tersebut bagaimana pun telah diselamatkan dan diberi rawatan.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
&n