
Oleh: Aimi Nordin Sumber: HMetro
Seorang tukang cuci di China jadi viral selepas dia memuat naik videonya meletakkan puluhan tong sampah keliling sebuah kereta. Tukang cuci warga emas berbuat demikian kerana berang dan tak berpuas hati dengan tuan empunya kereta menghalang laluan ke tempat pelupusan sampah dia bekerja.
“Dia tidak boleh meninggalkan keretanya di sini. Ia menghalang laluan kecemasan.
“Perbuatannya menyusahkan saya bekerja dan saya tidak boleh pulang selagi kerja tidak siap, tetapi bagaimana jika keretanya terus ditinggalkan di sini?” katanya.
Dia tidak dapat menghubungi tuan kereta kerana kereta tersebut ditinggalkan lama beberapa jam dan warga emas ini memutuskan untuk meletak puluhan tong sampah yang dipenuhi sampah keliling kereta tersebut.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm