
Oleh: Aimi Nordin
Buat pertama kali selepas 36 tahun semua pemain pasukan bola sepak 'Dream Team' Malaysia kembali bersatu dalam dokumentari khas Harimau Malaya 1980. Ini lah satu-satunya pasukan bola sepak negara kita yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980.
Bagi anda yang susah menyaksikan filem Ola Bola secara tak langsung sudah mengetahui apa yang pasukan kita tempuhi hingga berjaya ke Sukan Olimpik Moscow. Tapi kali ini kesemua pemain seperti Dato' Soh Chin Aun, Hassan Sani, James Wong, Datuk Santokh Singh dan jurulatih Karl-Heinz Weigang disatukan dalam dokumentari ini.
Melihatkan pengorbanan, penat lelah, suka duka mereka bagi mencapai matlamat ke Olimpik memang membuka mata kita dan membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia bangga. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mendekati secara dekat para pemain lagenda bola sepak Malaysia menerusi dokementari ini yang akan ditayangkan pada Jumaat 16 September ini pada jam 9 malam di saluran Astro Arena (801/ HD 802 dan di Astro Prima (105) dan Maya HD ( 306) pada Sabtu, 17 September 10 malam.




Jangan lupa saksikan Perlawanan Amal Dugong All Stars vs Pilihan Harimau Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, N.Sembilan pada Jumaat 16 September ini bermula jam 5 petang.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm