
Oleh: Aimi Nordin
Bukan susah pun nak parkir kereta di tempat yang disediakan. Lagi susah bila menyusahkan orang lain seperti kereta di bawah ni.
Kejadian ini berlaku di Zhengzhou apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai Shang parkir keretanya di situ untuk menikmati makan malam di sebuah restoran. Bagaimanapun, dia meletakkan keretanya di laluan tempat pengumpulan sampah.
Apa lagi selepas beberapa jam masih tak alihkan keretanya, keretanya ditimbuni sampah sarap dan dia terpaksa membayar RM 682 sebagai upah untuk membersihkan sampah tersebut. Haa kan dah kena!

