Setiap hari balik kerja badan mesti rasa penat dan lenguh-lenguh. Seronok rasanya kalau dapat satu kerusi urut atau sofa empuk yang boleh hilangkan lenguh pada sendi badan ni.
Tapi lagi best kalau dapat OGAWA iModa Modern Massage Sofa yang direka khas bukan sekadar untuk hilangkan lenguh tapi menyegarkan kembali fikiran dan badan terutama sekali untuk orang yang kuat bekerja seperti anda.
Apa istimewanya OGAWA iModa ni? Sofa ni menggabungkan pelbagai teknik urut yang canggih dari seluruh belakang badan ke pinggul. Bukan itu sahaja, sofa ini bersifat kompak dan bagus bagi mereka yang menjimatkan ruang, dan hanya memerlukan ruang seluas 1 meter persegi sahaja.
Paling penting, OGAWA iModa ini tak berat dan memudahkan jika nak dialihkan, reka bentuk yang menarik, boleh didapati dalam pelbagai warna seperti Fox Red dan Truffle Brown! Dengan warna yang ada pastinya ruang di rumah anda nampak lebih stylish dan penuh gaya.
Tertarik dan nak tahu lebih lanjut mengenai OGAWA iModa? Jangan lupa tonton muzik video iModa sebab ada Dina Nadzir dan Ean tau! Untuk maklumat lanjut, kunjungilah Hab Kesejahteraan OGAWA atau layari saja www.ogawaworld.net