
Oleh: Aimi Nordin Sumber: newsner
Sarah Atwell berusia lapan bulan apabila bapa tirinya Kenny menyatakan wajahnya mula kelihatan berbeza daripada bayi normal. Sarah didiagnos dengan neurofibromatosis, iaitu tumor yang tumbuh di bahagian kanan mukanya.
Tahun demi tahun berlalu tumor tersebut semakin teruk hingga mengubah wajahnya. Bagaimanapun tak ada satu pun doktor yang berani dan sanggup memberi rawatan atau melakukan pembedahan kepada wajahnya. Semuanya dengan alasan yang sama iaitu pembedahan akan memberikan risiko yang sangat besar kepadanya dan menyarakan Sarah teruskan hidup dengan wajah begitu.
Hinggalah Sarah memuat naik satu video menyatakan perasaannya kerana dah tak sanggup dipanggil dengan bermacam-macam gelaran. Akhirnya ada seorang doktor yang sanggup menawarkan diri untuk membantunya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm