Sumber: Dailymail Oleh: Aimi Nordin
Kebiasaannya kita tengok budak-budak je yang suka anak patung atau doll ni. Tapi seorang wanita yang dikenali sebagai Silvia Heszterenyiova mempunyai 35 doll yang menyerupai bayi. Kesemua doll wanita ini memiliki rupa yang berlainan dengan ekpresi muka yang berbeza.
Bukan itu sahaja, Silvia melayan doll nya seperti dia melayan bayi yang baru dilahirkan. Dia mandikan, tidurkan dan beri doll tersebut makan. Selain tu, setiap hari Silvia akan bawa 'anaknya' keluar berjalan-jalan seperti menonton wayang dan piknik di tepi pantai.
Ramai yang menyangkan Silvia dah gila tapi dia tak kisah pun dan dia happy dengan hidupnya. Korang tengok lah sendiri gambar-gambar 'anak-anaknya' ni.
Dah tengok gambar-gambar ni korang rasa menakutkan tak ?
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm