Sumber: Siakapkeli Oleh: Aimi Nordin
Menakutkan dan menggelikan. Itu gambaran pertama buat kami selepas lelaki ni ditangkap cuba seludup ular dalam seluarnya. Bukan seekor tapi 10 ekor!
Lelaki warga asing ini di tahan sebelum sempat menaiki pesawat Garuda Airlines ke Jeddah, Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta semalam.
Pegawai penguatkuasa terkejut melihat beberapa ekor ular disembunyikan dalam seluar dan sarung kaki Koufah Jihad Zaki.
“Dia melilitkan ular-ular yang ingin dibawa ke Jeddah di kedua-dua kakinya… dia membawa 10 ekor anak ular jenis phyton,” kata Naib Presiden Komunikasi Korporat Garuda Indonesia, Benny Sigar Butarbutar.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm