
Oleh: AImi Nordin
Tiba-tiba beberapa keping foto seekor labah-labah jadi viral kerana saiznya yang sangat besar. Tapi sebenarnya ia adalah gambar lama cuma menjadi viral kerana seorang lelaki terjunam ke dalam sebuah tasik akibat labah-labah melekat pada stereng keretanya.

Barnyard Betty, wanita yang memuat naik foto itu berkata labah-labah tersebut mempunyai nama iaitu Charlotte.
"Saya tak tahu kenapa sekarang tapi dia menjadi semakin viral dan sensasi internet.
"Dia adalah labah-labah Huntsman dan kami berada di Queensland, Australia dan ya, dia labah-labah betul dan sangat besar. Bukan di photoshop.
"Dia sangat cantik, tenang dan tidak agresif seperti labah-labah lain. Dia cuma tahu makan dan hidup tenang di sini. Dia tidak perlu dibunuh!
"Semua haiwan yang besar dan kecil dialu-alukan di Barnyard Betty Rescue, tidak kira macam mana pun bentuknya.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm