
Sumber: Mirror Oleh: Aimi Nordin
Siapa sangka penyebab kepada seorang bayi berusia setahun sesak nafas adalah disebabkan kembarnya yang hidup di dalam perut. Doktor terpaksa melakukan pembedahan dan membuang kembarnya seberat 3.5 kilogram.
Bayi yang bernama Nisha itu mengalami pelbagai masalah kesihatan dan nutrisi dan enggan minum susu. Bagaimanapun perutnya sentiasa membesar dan dia selalu sesak nafas. Selepas mmebuat ultrabunyi, doktor menemui ketumbuhan besar di bahagian perutnya yang menyebabkan organnya ditolak ke bahagian kanan badan manakal buah pinggang kirinya melekat pada ketumbuhan berkenaan.
Pakar bedah Dr D Vijayagiri mulanya menjelaskan kembarnya sebagai parasit dan memakan segala bekalan darah Nisha yang menyebabkan dirinya tak cukup nutrisi.



*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm