Sumber: mStar Oleh: Aimi Nordin
Viral di media sosial apabila seorang gadis yang wajahnya mirip Datuk Lee Chong Wei. Selepas menerima beribu-ribu request untuk menjadi kawan di Facebook, Ika Syazwani berhasrat ingin bermain badminton dengan pemenang pingat perak di Olimpik Rio 2016 itu.
"Jika Universiti Utara Malaysia (UUM) boleh menguruskan pertemuan saya dengan Datuk Lee Chong Wei, saya akan sangat, sangat gembira.
"Jika beliau datang ke universiti saya, saya akan mengajaknya bermain dalam perlawanan persahabatan. Saya tidak bermain dengan begitu baik, tetapi saya berharap saya dapat bermain satu perlawanan mudah menentangnya," katanya, sambil menambah beliau juga berharap dapat bergambar dengan bintang badminton itu.
Datuk Lee Chong Wei dan atlet Malaysia selamat tiba di KLIA lebih kurang jam 2 petang tadi.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm