
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Hmetro
Seekor ikan laga jenis Betta yang warnanya sama seperti bendera negara Thailand dijual dengan harha RM 6, 617 (53, 500 baht) dalam satu lelongan online. Ini mungkin ikan laga yang paling mahal pernah dijual. Tetapi memang tak dinafikan warna ikan ini sangat unik.
Ikan ini menjadi viral selepas dimuat naik oleh pembiak ikan Kachen Woracha di satu group Facebook. Dia pada mulanya hanya mensasarkan ia akan dijual dengan harga RM 1, 236 dengan harga lelongan bermula RM 12.25.
“Saya tidak menyangka ia dijual pada harga ini,” kata pemilik kedai serbaneka yang membiak ikan hiasan sebagai hobi.
Sebelum ini, ikan Betta yang paling mahal pernah dijual pun pada harga RM 2, 908
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm