
Baru-baru ini seorang ibu dihadapkan ke mahkamah di atas tuduhan membunuh bayinya yang baru lahir. Anehnya ibu berusia 27 tahun itu memiliki alasan yang tidak masuk akal untuk membunuh bayinya itu.
Memetik laporan worldwideweirdnews,pihak polis di Wina, Austria, mengesahkan perempuan itu sanggup membunuh bayinya yang baru lahir kerana tidak mahu terlepas penerbangan.
Pada mulanya, polis mendapat laporan dari orang awam di Wina yang menjumpai seorang bayi baru lahir didalam tong sampah yang terletak di tandas perempuan pada pukul 1.30 petang waktu tempatan.
Setelah pihak polis menjalankan siasatan, mereka berjaya menemui seorang perempuan yang juga suspek utama kes ini dengan keadaan dirinya yang penuh berlumuran darah di balai pelepasan lapangan terbang.
Ketika diminta memberi keterangan, perempuan itu menjelaskan dia sedang menunggu penerbangan dari Minsk ke Washington DC. Dia juga mengaku dia telah membuang bayinya kerana percaya bayinya itu telah meninggal dunia ketika dilahirkan. Akhirnya ibu malang itu mengambil keputusan membuang anaknya di tong sampah di dalam tandas wanita kerana tidak mahu terlepas penerbangan. Tetapi pihak doktor mengesahkan bayi itu meninggal ketika di bawa ke hospital.
Kes ini akhirnya di bawa ke mahkamah untuk dibicarakan. Pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas wanita itu dengan tuduhan melakukan pembunuhan.
Sumber dari World Wide Weird News