Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

trending

4 Doktor Gigi Ni Dedahkan Situasi Menjijikan Mereka Pernah Alami Dengan Pesakit

Apa lah yang doktor gigi tengok dalam mulut kita ni ya?

Oleh: Aimi Nordin 

Jarang rasanya kita nganga mulut untuk lihat apa yang ada dalam mulut melainkan semasa gosok gigi atau pun rasa sesuatu yang betul dalam mulut kita. Tapi kalau jumpa doktor gigi, semua benda mereka boleh lihat dalam mulut kita.

4 orang doktor ni kongsi beberapa situasi menjijikan mereka pernah alami semasa merawat pesakit. Jangan terkejut tau! 

1. Banyak ulat kat gusi bengkak

"Seorang budak lelaki terus melompat ke kerusi pergigian sebab terlalu teruja rawatan pertamanya dengan doktor gigi. Ibu bapanya menjelaskan kepada saya bahawa dia selalu menggosok satu sisi mulutnya dengan tangannya. Apabila saya melihat ke dalam, saya perasan gusinya sangat bengkak dan banyak ulat di bahagian tersebut. Saya mengajar dia dan keluarganya cara penjagaan gigi yang betul. " - Gary Glassman, D.D.S.

2. Siap ada pokok tumbuh kat gigi

"Pada rawatan awal, saya mula membersihkan akar. Tetapi antara plak dan tarter, saya dapati ada beberapa jenis benih yang tumbuh pada gusi. Selepas beberapa soalan saya tanya pada pesakit, saya sedar ianya adalah benih tomato yang baru nak tumbuh" - Glassman

3. Muntah lihat gigi palsu pesakit

"Seorang perempuan tua itu masuk untuk baiki gigi palsunya. Gigi palsu sepatutnya dikeluarkan dan dibersihkan setiap hari, dan nampaknya wanita ni dah berbulan tak basuh gigi palsunya. Bau gusi dijangkiti dan makanan busuk begitu kuat hingga pembantu pergigian saya terpaksa minta diriuntuk muntah. " - Anonymous

4. Mulut banyak semut dan pepijat

"Semasa kerja pertama saya sebagai pembantu pergigian, saya ternampak seekor semut di dalam mulut pesakit kami. Tak lama selepas tu doktor gigi dan saya perasan jambang pesakit kami penuh dengan pepijat sampai semut pun masuk dalam mulut!  " -Anonymous

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}