
Sumber: HMetro dan Utusan Oleh: Aimi Nordin
Perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki di Olimpik Rio 2016 malam tadi berakhir apabila kebanggaan negara, Dato Lee Chong Wei tumpas di tangan pemain China, Cheng Long dengan 18-21, 18-21.
Dengan nada yang sungguh sebak selepas perlawanan malam tadi Chong Wei meminta maaf kerana tidak berjaya membawa pulang pingat emas untuk negara. Beliau sebelum ini ada mengumumkan temasya sukan Olimpik Rio adalah penampilannya yang terakhir.
“Saya tahu 30 juta rakyat Malaysia memang kecewa. Saya rasa bersalah namun saya sudah cuba yang terbaik kerana ini adalah Olimpik terakhir saya.
“Apa yang yang saya ada, apa yang saya buat masa latihan saya sudah berikan segala-galanya. Semua orang boleh tengok bagaimana Chen Long beraksi sangat baik.
“Mungkin hari ini Chen Long bersedia dengan baik sehingga semua serangan saya berjaya dipatahkannya. Kalau nak kata saya gementar, saya rasa aksi hari ini lebih baik berbanding Olimpik London 2012 dan Kejuaraan Dunia (2014). Hari ini bukan hari saya dan saya terima kekalahan ini,” kata selepas ditemui.
Beliau juga kesal kerana tidak dapat bertemu dengan Lin Dan di final kerana mereka ingin sama-sama mengucapkan selamat tinggal kepada temasya Olimpik selepas empat kali beraksi.
“Saya mungkin akan memberi peluang kepada pemain muda untuk beraksi pada 2020.”
“Sekarang, saya cuma mahu balik jumpa anak-anak saya. Saya rindukan anak-anak, rindu keluarga,” ujarnya.