Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

trending

Tidak Susah Menjadi Parents Jika Anda Tahu 6 Perkara Ini

Jadi ibu & bapa nampak macam senang, hakikatnya hanya yang pernah lalui merasai kesukarannya.

Siapa yang tak geram tengok baby comel? Rasa macam hari ni juga nak jadi parents, nak dukung baby setiap masa. Hakikatnya menjadi parents ni tak semudah yang anda lihat. Buat anda yang bakal dapat anak atau yang ada anak kecil, ni dia 6 tip yang anda perlu tahu supaya tidak stress dengan perubahan rutin harian.

 

1. Tiada Panduan Khusus

Mentang-mentanglah anda belum ada pengalaman jaga anak, berebut-rebut saudara mara, jiran tetangga, rakan taulan dan kadang kala orang luar bagi nasihat dan petua jaga anak. Jangan terima bulat-bulat, dan jangan pulak anda tolak mentah-mentah. Mana yang baik kita ikut, yang tak sesuai tu kita abai. Tiada panduan khas untuk menjadi ibubapa terbaik. Setiap anak berbeza dan sebagai ibu serta bapa, tentunya anda lebih mengenali mereka.

 

2. Baik Untuk Dia, Tak Semestinya Baik Untuk Anda

Nasihat macam ni selalunya muncul time anak anda tak sihat. Macam-macam petua ada untuk bayi demam, batuk, selesema dan ekzema. Nasihat begini jangan diikut membuta tuli, cuba dapatkan pandangan kedua atau jika petua itu tidak membahayakan, bolehlah anda cuba pada anak anda.

 

3. Mulut Tiada Insurans

Golongan ni memang ramai. Diorang ni suka cari kesalahan orang lain. Ada yang kata anda tak pandai jaga anak la, tak pandai jaga diri la, macam-macam. Kalau anak menangis dikatanya tak cukup makan, kalau selalu didukung dikatanya kita terlalu manjakan anak dan rumah bersepah dikatanya tak pandai mengurus rumahtangga. Jangan terlalu memikirkan kata-kata negatif ni. Sebaiknya dapatkan nasihat orang yang berkelayakan atau pakar. Dan lakukan apa yang dirasakan baik untuk anak anda.

 

4. Baby Menangis Sebab Lapar?

Kadang kala bayi menangis tanpa diketahui sebabnya. Rileks, dan check anak anda. Mungkin pampers basah, lapar, mengantuk atau perut tidak selesa. Kalau semuanya ok, dan anak anda masih menangis, cuba peluk dan biarkan si manja tidur dalam dakapan. Kalau masih tidak berkesan, cuba dapatkan nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman serta pandangan pakar.

 

5. Percaya Gerak Hati

Ini memang syarat utama menjadi ibu bapa. Gerak hati walau tak selalunya tepat tapi janganlah anda abaikan.

 

6. Perkenalkan Anak Dengan Makanan Pepejal Seawal Usia 6 Bulan

6 bulan adalah masa yang sesuai untuk anda perkenalkan makanan pepejal kepada si manja kerana pada usia ini, perut anak anda 5 kali lebih kecil tetapi mereka perlukan 5 kali nutrisi berbanding orang dewasa, seperti vitamin A.

 

Jika anda menghadapi kesukaran memperkenalkan makanan pepejal kepada anak, cuba perkenalkan bijirin bayi CERELAC yang bukan sahaja sedap malah mudah disediakan. Hanya tambah ais suam atau susu dah cukup untuk mengenyangkan perut si manja. Nak lebih sedap, campurkan bahan segar seperti buah-buahan ke dalam bijirin bayi CERELAC. Bahan asas hebat , lebih khasiat, lebih potensi dan pastinya dapat memikat selera si manja.

 

 

Kalau anda buntu untuk menyediakan makanan untuk si manja, layari sahaja laman web Nestle untuk dapatkan pelbagai resepi menarik yang mudah disediakan. Dr. Ezani, ibu dan Juara Masterchef Malaysia Musim Pertama pun mempercayai CERELAC - Khasiat Besar untuk Si Kecil!

 

 

CERELAC juga menjemput anda untuk sertai mereka dalam aktiviti “Studio Resipi bersama CERELAC” anjuran pihak NESTLÉ di seluruh negara! Nantikan pengumuman tarikh, masa dan lokasinya di sini.

 

 

Jadikan CERELAC sebagai pilihan utama anda dalam penyediaan makanan pepejal untuk si manja setiap hari. Untuk maklumat lanjut tentang produk CERELAC, layari laman CERELAC - Khasiat Besar untuk Si Kecil.

 


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}