
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Siakapkeli & Youtube
Manusia kalau nampak orang lain dalam kesusahan pun belum tentu secara drastik nak terus tolong. Tak kisahlah ada wanita kena ragut depan mata ke, kereta orang rosak tepi jalan ke, kita belum tentu nak berhenti tolong. Tapi berbeza betul dengan itik ni.
Rakaman cctv di belakang sebuah rumah menunjukkan seekor itik dengan pantas cuba menyelamatkan seekor ayam daripada disambar seekor burung helang. Menurut tuan rumah, itik itu bernama Felix. Walaupun tinggal sereban dengan ayam tu sejak 3 tahun lalu tapi hubungan mereka biasa je.
Tapi bila diserang oleh helang, Felix tak tunggu masa terus selamatkan ayam tu.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm