Oleh Ezaura Rafe. Sumber Fb Syed Ahmad Fuqaha
Ramai sebenarnya yang tak tahu macam mana nak hantar emel pada majikan untuk mohon lahitan industri dengan betul. Lelaki yang dikenali sebagai Syed Ahmad Fuqaha merupakan majikan dan telah menerima permohonan yang amat mendukacitakan kerana adab dan tatasusila pelajar ini teruk. Jadi majikan ini telah menghantar kembali beberapa nasihat untuk ajar pelajar ini.

Memandangkan ini musim Interns mencari placement untuk latihan industry (Industrial training), maka saya nak share sedikit nasihat apabila meminta internship atau kerja.
Jangan Hantar Emel Kosong
1. Jangan hantar email kosong. Ini maksudnya anda tidak menunjukkan sebarang effort. Jika email meminta placement pun tidak dikarang, adakah employer sanggup beri kerja kepada anda?
2. Jangan sekali-kali hantar compressed file (.rar atau .zip). Tiada orang yang ada masa untuk unzip dan baca file anda setiap satu. Lagi satu, *.rar ni perlukan software khas untuk uncompress. Winrar (Windows), or unRar (OSX). Anda hanya menyusahkan pembaca email daripada membaca kandungan.
3. Jangan hantar file dalam bentuk .doc/.docx/.jpg/. Hantar semua file anda dalam .pdf
4. Di dalam isi email, paling kurang nyatakanlah kepada siapa anda hantar email tersebut, contoh: Dear Katsana, or Dear TheLorry.com. (dapat tahu dariNadhir Ashafiq bahawa pengarang email ini hantar email yang sama kepada KATSANA dan TheLorry).
5. Nyatakan siapa diri anda dan apa tujuan anda meminta placement latihan industry. Apa yang anda harap boleh dipelajari dari latihan tersebut.
6. Jangan sekali-kali kata tujuan latihan industri adalah kerana itu permintaaan subjek anda. Kami sudah tentu faham bahawa ini keperluan study, ada beribu interns lain yg juga apply, jadi kenapa kami harus pilih anda?
Akhir sekali, pensyarah-pensyarah dan para pelajar sekalian, silalah rujuk kepada pakar iaitu Ameirul Azraie tentang adab-adab dan tatasusila meminta kerja. Ilmu ini sangat berguna dimudian hari jika anda ingin maju dan mendapat kerja yang baik.
Harap adik ni dapat perbetulkan permohonan latihan industri ini dengan baik. Kepada adik-adik yang akan menghadapi situasi yang sama, boleh manfaatkan nasihat majikan ini.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm