
Kini, bayam bakal berpotensi untuk menyelamatkan nyawa manusia dari serangan bom. Beberapa orang profesor telah membuat kajian dan mendapati bayam berupaya untuk mengesan kehadiran bom. Bukan sahaja tikus, anjing atau ikan lumba-lumba yang membantu manusia untuk mengesan kehadiran bom, malah sayur bayam juga mempunyai fungsi khas ini dan bakal menggantikan haiwan tersebut.
Kumpulan penyelidik dari Massachusetts Institute Of Technology, MIT telah berjaya mencipta teknik baru yang dipanggil infus pembuluh darah pada bayam. Teknik ini digunakan untuk menghasilkan karbon nanotubes dari daun sayuran khususnya bayam.
Bayam memiliki jaringan akar yang luas di dalam tanah, dan memiliki cara tersendiri untuk membawa air hingga ke daun,” kata salah seorang anggota penyelidik, Michael Strano.
Nak tahu dengan lebih lanjut bagaimana bayam berfungsi untuk mengesan kehadiran bom? Checkout video ni ok!
Sumber dari The Verge.