Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

trending

Bayi Ni Lebat Sangat Rambutnya Sampai Orang Ingat Anak Patung atau Pakai Rambut Palsu

Baru berusia 8 bulan tapi rambutnya sangat lebat.

Sumber: Metro Oleh: Aimi Nordin 

Bayangkan bayi berusia 8 bulan tapi rambut dah sangat lebat! 

Philippa Rabbitts, sering mengalami situasi di mana ramai orang akan terkejut melihat rambut anaknya, Bella yang baru sahaja berusia 8 bulan. Ada yang menyangka Bella memakai rambut palsu dan tak kurang menyangka ibunya membawa anak patung keluar berjalan-jalan.

“Mereka mulanya menyangka Bella anak patung. Tetapi, apabila mereka melihatnya kali kedua, mereka akan terkejut. Ada yang bertanya sama ada saya memakaikan Bella rambut palsu. Apabila saya katakan tidak, mereka lebih terkejut,” jelas wanita berusia 27 tahun ini. 

Semasa Bella lahir sahaja dia sudah mendapat perhatian jururawat di hospital kerana anaknya dilahirkan dengan rambut yang sangat lebat. 

Walaupun Bella suka apabila rambutnya disikat, tetapi ia tetap memakan masa ketika dimandi dan disiapkan kerana Bella tak boleh duduk diam. 


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

 

 

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}