Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

trending

7 Khasiat Air Kelapa Selain Daripada Diminum Ketika Demam

Banyak juga kan manfaat minum air kelapa ni. Nak tahu tak apa?

Oleh: Amirul Acap

Siapa je yang tak suka air kelapa kan? Ramai je yang gemar minum air kelapa yang boleh menyegarkan tekak, lebih-lebih lagi bila musim panas. Bukan itu je, air kelapa mampu menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan kita tau. Tapi, masih ramai lagi yang tak tahu khasiat tersembunyi yang ada pada air kelapa untuk kesihatan dan kecantikan.

1.    Turunkan berat badan
Air kelapa mengandungi lemak yang sangat rendah. Ia juga  mengenyangkan kerana kaya dengan khasiat semulajadi.

2.    Rawat masalah kulit
Bagi korang yang mengalami masalah seperti jerawat, parut dan gatal kemerahan, membasuh kulit dengan air kelapa bertindak membantu merawat dan melembapkan kulit.

3.    Hilangkan rasa perut kurang selesa
Kalau ada masalah perut, air kelapa mampu beri keselesaan pada perut. Ia boleh menggantikan cecair yang hilang dari tubuh. Hebatkan air kelapa ni!


4.    Atasi pedih ulu hati
Kandungan serat tinggi di dalam air kelapa dapat atasi masalah kurang hadam dan membantu mengurangkan masalah masalah ‘acid reflux’.


5.    Tingkat hidrasi tubuh
Sangat berkesan untuk menghidrat tubuh badan lebih-lebih lagi selepas bersukan dan dijadikan sebagai minuman tenaga. 
6.    Kaya dangan nutrisi
Air kelapa mengandungi lima elektrolit penting di dalam badan termasuk kalsium, magnesium, fosforus, kalium dan natrium.

7.    Cantikkan kulit
Air kelapa meningkatkan cecair dalam tubuh dan menjadikan kulit sentiasa dalam keadaan lembap. Jika korang ada masalah kulit, bilas wajah dengan air kelapa untuk kesan luar biasa.
Banyakkan khasiat dan manfaat yang ada dekat air kelapa ni. Lepas ni, kita beli air kelapa tiap-tiap hari tau! Hehehe.


Sumber: Hanasuva 
 


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

 

 

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}