Kalau dah jauh bercuti sehingga ke negeri orang, tak lengkap rasanya kalau kita tidak mengabadikan kenangan tersebut dalam bentuk gambar. Yelah, dah jauh-jauh bercuti, nak juga tunjuk kat keluarga dan kawan rapat kita kan.
Tapi kalau gambar yang diambil kurang cantik dan tidak memuaskan, mesti nak “upload” kat sosial media pun rasa segan kan. Jadi harini kami nak ajar kat korang teknik yang betul untuk mengambil gambar pemandangan-pemandangan yang cantik ketika bercuti dan korang juga boleh gunakan kamera smartphone untuk menghasilkan gambar-gambar yang menakjubkan seperti di bawah ini.

Austalia
Ambil gambar dari sudut lantai / Pandangan Semut
Biasanya kita ambil gambar dengan tangan ke atas kan, cuba kali ni kita tukar dengan mengambil gambar dari sudut lantai contohnya seperti meniarap. Kesannya gambar yang diambil akan akan nampak lebih “stunning”.

Kaji dahulu tempat yang ingin anda lawati
Buat research dahulu tempat yang anda ingin lawati. Contohnya anda boleh tengok gambar-gambar tersebut di Google ataupun blog-blog percutian supaya anda boleh ambil feel dan berangan seolah-olah anda berada di tempat tersebut. Bila sudah sampai ke tempat tersebut, anda sudah tahu gambar macammana yang anda mahukan.

Ambil seberapa banyak gambar
Bila melancong ke tempat-tempat menarik, ambil ribuan gambar dari berbagai sudut seperti depan, belakang, atas, bawah untuk menghasilkan imej realistik.

Selitkan elemen alam semulajadi dalam gambar
Masukkan elemen alam semulajadi dalam setiap foto seperti awan, haiwan, ataupun cahaya matahari untuk menambah seri pada subjek dalam gambar. Kalau dah travel jauh-jauh, rugi rasanya kalau anda tidak mengambil keunikan alam semulajadi di negeri orang.

Cuaca yang baik
Cuaca juga memainkan peranan penting untuk menghasilkan gambar yang cantik. Kalau nak ambil gambar yang cool, masukkan sekali pemandangan awan yang biru serta mempunyai kepulan putih yang mengasyikkan mata. Kalau ada elemen macamni, confirm ramai yang akan cemburu dengan gambar anda.
Gambar-gambar yang kami tunjukkan di atas adalah beberapa tempat non-mainstream yang terdapat di Australia, India, China, New Zealand dan Japan. Kalau anda pernah melawat tempat-tempat yang jarang dilawati, apa kata anda muat naik gambar dan video di lokasi tersebut dan nyatakan kenapa tempat tersebut sungguh istimewa kerana anda berpeluang memenangi percutian ekspedisi National Geographic untuk melawat destinasi non-mainstream di negara seperti Australia, India, New Zealand, Japan dan China yang ditaja oleh Malaysia Airlines dan Nat Geo. Jangan lupa sertakan sekali hashtag #MHNatGeoTravels.
Peraduan ini terbuka kepada mereka yang membeli tiket penerbangan daripada Malaysia Airlines dari 14 Oktober hingga 10 November dan diingatkan anda boleh memuat naik seberapa banyak gambar atau video yang anda ingini.
Untuk terma dan syarat serta hadiah yang ditawarkan untuk peraduan ini, anda boleh layari Malaysiaairlines.com !