Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

ready set jom

Apa Beza Flight Insurans Dengan Travel Insurans?

Apa beza travel insurans dan flight insurans? Perlu ke tak perlu ambil?

Oleh: Aimi Nordin 

Bagi sesiapa yang dah biasa travel dengan menaiki kapal terbang pasti tahu mengenai insurance yang boleh diambil ketika membeli tiket kapal terbang. Harganya tak terlalu mahal bergantung kepada jenis syarikat penerbangan yang diambil.

Tapi mungkin ramai yang tak tahu atau keliru apa beza insurance yang kita ambil semasa beli tiket kapal terbang dengan travel insurance?

Flight Insurans

Okay, flight insurans yang kita ambil semasa beli tiket flight ni dia hanya cover apa yang dinyatakan seperti contohnya luggage hilang atau rosak, flight cancel atau delay, atau mungkin terjadi sesuatu yang tak diingini semasa anda menaiki kapal terbang tersebut. Insurans ni agak limit semasa anda menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan ini sahaja. 

Travel Isnurans 

Travel insurans pula merangkumi semua yang flight insurans cover dan lebih. Lebih maksudnya, jika anda tiba-tiba jatuh sakit semasa berada di negara orang dan perlu dimasukkan ke hospital travel insuran boleh cover. Bukan itu sahaja, buatnya anda ni jenis backpackers suka aktiviti yang mencabar jadi insurans ni sangat penting. Bukan lah nak minta perkara buruk, tapi jika sesiapa yang meninggal dunia di luar negara kos nak bawa jenazah pulang ke Malaysia pun bukannya murah. Apatah lagi kalau kita tak ada insurans. Jadi, sebenarnya banyak kepentingan lain mengenai travel insurans ni. Tak banyak sangat syarikat yang ada tawarkan travel insurans di Malaysia. Tapi boleh survey dan ambil polisi ikut kesesuaian tempat yang ingin dilawati. Ingat, malang tak berbau. 

Sumber: Travellingfreedom & the vocket

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}