Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

ready set jom

Flight Tunda atau Batal? Penumpang Berhak Dapat 3 Keistimewaan Ni

Flight dan cancel tertunda menjadi satu kebiasaan jika ada perkara yang tak dapat dielakkan berlaku.

Oleh: Aimi Nordin

Penerbangan tertunda atau batal menjadi kebiasaan jika ada perkara yang tak dapat dielakkan berlaku. Tapi kesannya kepada penumpang. Apa taknya, bayangkan kalau hotel dah tempah, ada orang yang akan jemput di lapangan terbang dan sebagainya. 

Tapi sebagai penumpang, apa yang kita berhak dapat sekiranya penerbangan yang sepatutnya kita naik tertunda atau dibatalkan?

Seksyen 12 (1) Kanun Perlindungan Pengguna Udara Malaysia 2016 yang diwartakan pada Julai 2016, menetapkan bahawa syarikat penerbangan yang beroperasi perlu menyediakan "pampasan dan penjagaan" kepada penumpang yang terjejas akibat kelewatan penerbangan atau pembatalan di samping menyediakan penjelasan berhubung sebab dan mencadangkan pengangkutan alternatif. 

1. Penerbangan ditangguhkan selama dua jam atau lebih

Penumpang harus ditawarkan, secara percuma dan dalam jumlah yang munasabah bergantung dengan masa menunggu:

(I) Makanan dan minuman

(Ii) Panggilan telefon yang terhad

(Iii) Akses Internet

2. Penerbangan ditangguhkan selama lima jam atau lebih

Penumpang harus ditawarkan, secara percuma:

(I) Penginapan hotel dalam kes-kes di mana penerbangan tertunda selama semalaman

(Ii) Pengangkutan antara lapangan terbang dan tempat penginapan

3. Penerbangan dibatalkan

Penumpang oleh bmemilih antara:

(I) Pembayaran balik bagi kos penuh tiket pada harga di mana ia telah dibeli, (termasuk cukai dan bayaran) dalam tempoh 30 hari, bagi sebahagian perjalanan tidak dibuat dan bahagian sudah dibuat jika penerbangan tidak lagi berfungsi dalam apa sahaja tujuan perjalanan asal penumpang; ATAU

(Ii) Re-routing, di bawah keadaan pengangkutan yang setanding, ke destinasi akhir mereka pada peluang terawal atau di kemudian mengikut keselesaan penumpang (tertakluk kepada kekosongan tempat duduk) tanpa dikenakan bayaran tambahan.

Jadi jangan risau kalau penerbangan batal atau tunda sebab penumpang berhak dapat keistimewaan ini okay?

SUMBER 

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}