Oleh Feyra Nasrom
Satu kejayaan besar bagi filem tempatan Malaysia setakat ini, Olabola berterusan mengaut keuntungan malah meningkat sebanyak RM 12 Juta sepanjang 18 hari filem ini ditayangkan.
Belum sampai lagi sebulan Olabola ditayangkan, keuntungan yang diperoleh kini makin melonjak tinggi dan sekaligus mengungguli carta top 10 Golden Screen Cinema(GSC).
Filem Arahan Chiu Keng Guan ini ternyata sangat memberi impak yang besar terhadap penonton di Malaysia sehingga orang ramai tidak putus memberi sokongan menonton filem ini di panggung wayang .
Dengan latar belakang filem yang bertemakan tahun 80 an itu, Olabola mengisahkan peristiwa sebenar yang pernah berlaku ketika pasukan Malaysia mengharungi pelbagai cabaran jatuh dan bangkit demi mempertahankan maruah pasukan bola sepak negara yang akhirnya berjaya melayakkan nama Malaysia di Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980.
Satu kebanggaan yang harus diketengahkan apabila masih ada filem yang berstatuskan 1 Malaysia berjaya dihasilkan dengan bantuan bakat baru dalam industri seni lakonan yang menampilkan Luqman Hafidz, Eric Teng, Saran Kumar serta aktor hebat Bront Palarae dalam melengkapkan lagi perjalanan hebat cerita ini. Syabas diucapkan !