Oleh: Aimi Nordin
Pada 16 September 2016 yang lalu telah berlangsungnya Perlawanan Amal Hari Malaysia 2016 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan. Perlawanan ini telah disertai lebih daripada 30 orang artis, pemain lagenda bola sepak negara dan pendengar bertuah Era.
Sebelum perlawanan bermula, pihak FAM melancarkan logo dan lagu baru rasmi Harimau Malaysia. Logo baru ini dicipta oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor, Muhammad Amzar Mohamed, 22, yang menerima undian tertinggi menerusi undian awam secara atas talian selama 13 hari bermula 22 Mac lalu.
Hampir 15, 000 keping tiket terjual dan lebih daripada 20, 000 penonton yang hadir untuk menyaksikan perlawanan amal yang agak mencuit hati penonton. Terima kasih buat seluruh pendengar Era yang selama ini menyokong dan khasnya pendengar di Negeri Sembilan. Korang memang awesome!


