Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Gosip Mossip Mak Jemah #GMMJ

Konsert Wings dan Superfriends Bakal Gegarkan Istana Budaya

Awie bakal mengarahkan satu konsert bersama penyanyi hebat tanah air

Nama Awie tidak asing lagi dalam industri muzik tanahair.  Artis serba boleh ini seringkali mendapat perhatian di dalam semua aktiviti dan hasil karya beliau.  Dengan karisma dan kebolehan beliau, Awie melangkah setapak lagi kebidang pengarahan persembahan pentas dengan menghasilkan KONSERT WINGS AND SUPERFRIENDS – BELENGGU IRAMA.


Konsert ini akan menggegarkan Istana Budaya pada 6 hingga 9 April 2017 selama 2 jam setiap malam dan merupakan sebuah konsert berkonsep memperjuangkan nasib para insan seni tanahair.  


Tujuan konsert ini diadakan bagi mendidik masyarakat untuk menghibur sambil menderma. Awie Entertainment Sdn Bhd yang menganjurkan konsert ini mengumpulkan persatuan–persatuan di Malaysia untuk membentangkan permasalahan di dalam persada seni terutamanya dari segi kebajikan anak –anak seni yang tidakpernah berubah.  Dato’ Awie, teraju utama Awie Entertainment Sdn Bhd berharap gabungan dengan persatuan-persatuan seperti Karyawan, Seniman, Yayasan Artis 1Malaysia, MACP dan RIM dapat memperbaiki taraf anak–anak seni tanah air. 

Antara artis yang terlibat adalah Dato’ Awie, Eddie Wings, Black Wings, Dato’ M.Nasir, Datuk Ramli Sarip, Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Hattan, Dato’ Nash, Ito, Syamel AF, Maya Karin, Liza Hanim, Haiza, Sahara Yaacob, Billa AF, Kudeen 3 Juara, Uchop Bukan Sekadar Rupa dan Aniq Ceria Pop Star. Para pemuzik yang turut terlibat adalah Edrie Hashim, Kudin Headwind, Yan Lefthanded, Sham Guitarist, Lola, Rodi Kristal, Hamzah Pecussion, Pae, Fly dan Adi.

Harga tiket bemula daripada RM80.00,RM150.00, RM200.00, RM250.00, RM300.00 dan RM350.00 boleh di beli melalui ONLINE di Website Redtix, www.airasiaredtix.com. atau pun di Kaunter Pembelian Tiket di Istana Budaya mulai esok, 1 Mac 2017. 

 


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

 

 

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}