Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Gosip Mossip Mak Jemah #GMMJ

Peminat Mengaku Kekasih Wawa Zainal, Cuba Runtuhkan Rumahtangga Bersama Aeril Zafril

Gara-gara seorang peminat fanatik lelaki, hubungan Wawa dan Aeril hampir berantakan.

Oleh: Aimi Nordin 

Perkahwinan yang dibina bukanlah semudah yang disangka. Banyak dugaan yang perlu dilalui apatah lagi hidup bersama orang baru. Pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafril tak ketinggalan melalui fasa yang penuh cabaran iaitu seorang peminat fanatik Wawa mengaku yang dia kekasihnya. 

Kejadian ini berlaku beberapa tahun yang lalu. Lelaki berkenaan menghantar mesej kepada Aeril dan ia menyebabkan rumah tangga mereka berantakan.

"Ada peminat yang hantar mesej kepada Aeril secara peribadi dan mengaku dia merupakan kekasih saya sehingga ia menyebabkan kami bergaduh besar kerana lelaki itu.

"Saya kenal dia sebagai peminat, namun saya tidak menyangka dia boleh bertindak melampau dan bertujuan merosakkan rumah tangga kami.

"Perkara itu juga membuatkan saya diserang oleh kekasih lelaki itu yang menuduh saya pula merampas kekasihnya," ujar Wawa kepada mStar Online.

Wawa dan Aeril berkahwin pada 25 Februari 2012 bersyukur dan lega mereka berjaya melepasi tempoh lima tahun perkahwinan yang penuh liku. 

"Alhamulillah, lima tahun perkahwinan kami lalui agak sukar kerana tempoh itu adalah masa kami untuk membina keserasian dan kepercayaan antara satu sama lain.

"Saya anggap fasa itu sudah lepas dan sekarang tiada lagi cemburu buta dan lebih faham. Bukan senang nak bina persefahaman itu, ia perlu ambil masa," ujarnya.

SUMBER

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}