Sumber: Mingguan Malaysia Oleh: Aimi Nordin
Rasanya hubungan antara Wak Doyok dan Azrinaz bukanlah perkara yang disorokkan lagi kerana mereka berdua boleh dikatakan agak kerap memuat naik gambar bersama terutama hari raya ni. Terbaru menurut Mingguan Malaysia, mereka telah pun melangsungkan pertunangan secara sederhana dan tertutup.
Majlis pertunangan itu berlangsung di kediaman Azrinaz di Desa Hartamas Kuala Lumpur dengan dihadiri kedua belah keluarga.
"Majlis pertunangan mereka secara tertutup sahaja. Hanya membabitkan keluarga terdekat dan tida ramai tetamu luar dijemput hadir. Azrinaz disarungkan cincin pertunangan oleh ibu kandung Wak Doyok sendiri dalam majlis yang berlangsung secara sederhana,” seperti yang ditulis dalam Mingguan Malaysia.
Walaubagaimanapun, masih belum ada pengesahan daripada kedua belah pihak. Harapnya, mereka akan jelaskan secepat mungkin sebelum timbul cerita kurang enak dan spekulasi.