
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Malaysian Digest & FilmFare
Bagi sesiapa yang minat Hindustan mesti minat Shah Rukh Khan kan? SRK ni makin berumur makin segak pula kita tengok. Tapi ada satu fakta yang didedahkan sendiri olehnya yang pasti buat peminatnya terkejut iaitu SRK mandi tak suka pakai sabun dan shampu.
Pengkuan tersebut di buat semasa SRK dan Alia Bhatt mempromosikan filem terbaru mereka Dear Zindagi. SRK ditanya, selepas habis pengambaran filem apa yang dia akan lakukan dulu.
"Biasanya saya mandi selama dua jam. Saya membersihkan diriku sendiri dari filem itu. Saya melakukannya selama beberapa jam.
"Bukan hanya sekadar mandi dua jam, tapi saya juga tidak pakai sabun dan syampu. Saya hanya berdiri di bawah pancuran," dedahnya.
Walaupun tak suka pakai sabun dan shampu SRK mengaku yang dirinya sentiasa wangi secara natural.
Nah, kami belanja trailer filem terbaru SRK, Dear Zindagi
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm