Sumber: Malaysian Digest Oleh: Aimi Nordin
Tahun ini merupakan pertama kali Marsha menyambut bulan Ramadan sebagai seorang isteri dan Muslim. Jika sebelum ini Marsha sudah banyak kali berpuasa cuma bezanya tahun ini dia berpuasa kerana tuntutan Islam dan untuk dapat pahala.
"Allhamdullilah, saya tidak mengalami kesukaran kerana saya sudah biasa berpuasa sebelum ini. Cuma kali ini pertama kali saya berpuasa sebagai seorang muslim sekaligus dapat pahala.
"Seperkara lagi yang saya seronok apabila dapat pergi ke masjid bersama suami dan bersolat tarawih. Suasana dan momen bersolat terawih buat hati saya tersentuh. Ini pertama kali saya solat terawih. Ada juga beberapa perkara lain yang buat hati saya tersentuh," katanya berkongsi mengenai sambutan Ramadannya kali ini.
Marsha yang berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, pada 31 Disember tahun lalu tak mahu berbazir untuk juadah berbuka.
"Selepas kahwin ni, agaknya kami terlalu bahagia sampai tergemuk (gelak). Jadi saya dan suami kami sudah berjanji kononnya dan amalkan makan makanan yang sihat-sihat saja. Macam Ramadan pertama lalu, kami berbuka steamboat. Kami kurangkan pengambilan nasi sebaliknya makan sup-sup.
"Kalau sahur pula, awal-awal saya sudah siapkan makanan, apabila bangun tinggal panaskan semula saja. Kalau membeli di bazaar pun, kami berpada-pada tak mahu membazir.
"Selalunya suami lah yang kejutkan saya sahur sebab dia selalu tidur lambat, dah nak dekat-dekat waktu bersahur," tuturnya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm