
Oleh: Aimi Nordin Sumber: HMetro
Pelakon Neelofa mengaku muncul orang ketiga dalam hubungannya dengan pelakon Fattah Amin.
"Saya tak nafikan perkara itu, cuma buat masa sekarang tak adil sekiranya saya memberikan kenyataan tanpa kehadiran Fattah.
"Bukan apa, saya tak mahu kenyataan ini nanti melukakan hati pihak lain. Saya sendiri fobia dalam memberikan kenyataan. Dalam perkara ini saya tahu Fattah ada jawapannya," katanya tak mahu mengulas lanjut.
"Saya pun baru menyedari dan mengetahui perkara ini. Apa saya boleh katakan, cara saya mengetahui hal itu adalah tak bagus. Pendek kata kantoi, tetapi saya tak nak berkongsi keadaan itu.
"Mujur saya jenis yang cepat 'move on' dan tidak sesekali berasa kecewa. Saya beranggapan ada hikmah di sebalik semua itu," katanya yang mengakui orang sekelilingnya tahu mengenai hal ini.
Walaupun Neelofa dan Fattah tak pernah mengaku menjalinkan hubungan cinta, namun melihat raut wajah Neelofa dan cara dia menjelaskan perkara ini nampaknya ada yang terbuku dihatinya selama ini.
"Berada di tempat saya bukannya mudah. Banyak perkara perlu diambil kira. Saya tak boleh membuat keputusan secara terburu-buru.
"Kalau saya orang biasa mungkin tidak serumit keadaan saya. Apa yang jelas, hubungan kami sekarang adalah ‘complicated’ (sukar)," katanya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm